Johnny Depp bercinta dengan peguam sendiri

Johnny Depp bercinta dengan peguam sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pelakon Johnny Depp dilaporkan menjalin hubungan cinta dengan seorang peguam berasal dari United Kingdom bernama Joelle Rich.

Difahamkan, kekerapan pasangan itu yang sering meluangkan masa bersama menyebabkan cinta antara mereka mula berputik.

Namun, pasangan itu dikatakan belum sampai ke tahap yang serius.

Rich merupakan peguam yang mengendalikan kes saman Depp terhadap sebuah akhbar susulan penerbitan satu artikel berunsur fitnah pada 2020.

Peguam wanita itu juga dilihat hadir semasa sesi perbicaraan Depp ketika berdepan kes saman fitnah terhadap bekas isterinya, Amber Heard.

Jun lalu, Depp berjaya memenangi kes saman fitnah yang difailkan terhadap Heard.

Mahkamah mengarahkan Heard membayar ganti rugi kepada Depp sebanyak AS$15 juta (RM65 juta).

Ketujuh-tujuh juri sebulat suara bersetuju artikel yang ditulis Heard menerusi sebuah kolum di Washington Post merupakan fitnah terhadap pelakon filem Pirates of the Caribbean itu.

Dalam artikel tersebut menyifatkan Depp sebagai figura yang mewakili keganasan rumah tangga.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya