Joe Biden tanda tangan buku takziah sebagai penghormatan buat Ratu Elizabeth II - Utusan Malaysia

Joe Biden tanda tangan buku takziah sebagai penghormatan buat Ratu Elizabeth II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan isteri Jill Biden mengunjungi Kedutaan Britain di Washington D.C untuk menandatangani buku takziah sebagai penghormatan atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Lapor Bernama, ketibaan Biden dan isteri disambut Duta Britain Dame Karen Pierce dan suaminya kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan.

“Kami turut berdukacita… Baginda seorang wanita yang hebat, saya sangat gembira berpeluang bertemu dengan baginda sebelum ini,” kata Biden.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kakitangan kedutaan.

Ratu Elizabeth II, 96, raja paling lama berkhidmat dalam sejarah Britain. Menurut Istana Buckingham, baginda mangkat di Istana Balmoral, Scotland.

Baginda sebelum ini dilaporkan mengalami masalah kesihatan atas faktor usia dan terpaksa membatalkan beberapa acara atas nasihat doktor.

Kali terakhir Ratu Elizabeth II tampil di khalayak ramai ialah ketika sambutan Jubli Platinum pada Jun lalu sempena ulang tahun ke-70 pemerintahan baginda.

Menurut kenyataan dikeluarkan tengah hari Khamis, Ratu Elizabeth II berada di bawah “pemantauan perubatan” di Balmoral di Aberdeenshire, Scotland.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya