Indonesia luluskan kegunaan kecemasan vaksin Covid-19 buatan sendiri - Utusan Malaysia

Indonesia luluskan kegunaan kecemasan vaksin Covid-19 buatan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia akhirnya meluluskan vaksin Covid-19 yang dihasilkan oleh pasukan saintis negara ini bagi kegunaan kecemasan.

Jakarta terus komited menghasilkan vaksin kebangsaan sejak pandemik koronavirus bermula dan sebelum itu, negara ini bergantung kepada vaksin Covid-19 keluaran China dan Amerika Syarikat.

Vaksin IndoVac dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal Bio Farma dan Kolej Perubatan Baylor yang berpangkalan di Texas.

Vaksin itu kini boleh digunakan sebagai dos utama kepada mereka yang masih belum menerima vaksin Covid-19.

“Penghasilan vaksin ini amat membanggakan semua rakyat Indonesia dan kejayaan ini merupakan langkah ke depan negara dalam akses perubatan,” kata Ketua Agensi Makanan dan Ubatan (BPOM), Penny Lukito.

Pihak berkuasa kesihatan Indonesia memaklumkan, vaksin IndoVac mempunyai kadar keberkesanan sehingga 92 peratus dan setakat ini, tiada kes kematian dilaporkan semasa fasa ujian klinikal dilakukan.

Selain itu, kesan sampingan pengambilan vaksin itu juga ‘sederhana’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya