Helikopter Black Hawk dikendalikan Taliban terhempas, tiga maut - Utusan Malaysia

Helikopter Black Hawk dikendalikan Taliban terhempas, tiga maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Sebuah helikopter Black Hawk milik tentera Amerika Syarikat (AS) yang ditinggalkan di Kabul dan digunakan oleh kumpulan Taliban terhempas semasa sesi latihan, menyebabkan tiga terbunuh.

Insiden itu menyaksikan dua juruterbang dan seorang kru terbunuh, manakala lima lagi cedera.

Menurut Taliban, helikopter itu terhempas kerana mengalami masalah teknikal.

Ketika keluar dari Afghanistan pada tahun lalu, AS meninggalkan sejumlah helikopter, senjata dan peralatan ketenteraan.

Beberapa helikopter tersebut pernah digunakan pasukan tentera Afghanistan sebelum kerajaan diambil alih oleh Taliban.

Taliban pula mendakwa mereka berjaya membaiki beberapa helikopter untuk kegunaan sendiri. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya