Gempa 6.1 Richter gegar barat Indonesia, 200 penduduk dipindahkan - Utusan Malaysia

Gempa 6.1 Richter gegar barat Indonesia, 200 penduduk dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kira-kira 200 orang dipindahkan ke kawasan tinggi selepas gempa bumi berukuran 6.1 skala Richter melanda barat Indonesia hari ini, menyebabkan kerosakan kepada beberapa infrastruktur.

Gempa bumi yang berlaku di Kepulauan Mentawai di barat Sumatera itu berlaku pada kedalaman 27 kilometer dan diikuti gempa susulan sekuat 5.3.

Gempa tersebut bagaimanapun tidak menyebabkan ancaman tsunami.

Seorang penduduk cedera terkena objek yang terjatuh ketika gempa berlaku dan sekolah serta pusat kesihatan antara kemudahan yang mengalami kerosakan.

Seorang penduduk, Nurjuli hasanah memberitahu, gegaran amat kuat sehingga menyebabkan rumahnya bergegar.

“Ada penduduk yang takut pulang ke rumah kerana bimbang jika berlaku gempa susulan dan mereka lebih selesa tinggal di pusat perlindungan sementara,” katanya. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN