Gaji boleh habis dalam masa 19 hari - Utusan Malaysia

Gaji boleh habis dalam masa 19 hari

LEBIH dua per tiga penduduk Britain kurang berbelanja membeli barang keperluan asas. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu laporan baharu mendapati purata isi rumah yang bekerja akan kehabisan wang dalam masa kurang daripada tiga minggu selepas menerima gaji pada setiap bulan.

Memetik Daily Mail, kos sara hidup yang melambung tinggi menyebabkan pekerja di United Kingdom (UK) kurang berdaya tahan dari segi kewangan.

Malah, tempoh kehabisan wang isi rumah turut menyusut daripada 24 hari pada 2020 kepada hanya 19 hari ketika ini, sekali gus menunjukkan penurunan sebanyak 20 peratus.

Menurut Legal & General, bilangan individu kehabisan wang pada setiap hujung bulan selepas melakukan perbelanjaan asas, meningkat daripada 330,000 kepada hampir dua juta orang dalam tempoh dua tahun lalu.

Syarikat insurans itu juga menganggarkan isi rumah yang bekerja hanya mempunyai purata simpanan sebanyak 2,431 pound (RM12,696) dan hutang sejumlah 610 pound (RM3,185).

“Setelah mengambil kira purata perbelanjaan harian 93 pound (RM485.73), situasi itu menyaksikan isi rumah kehabisan wang dalam tempoh 19 hari daripada hari gaji diterima.

“Namun, kebanyakan individu membuat anggaran berlebihan mengenai keupayaan mampu menampung perbelanjaan asas seperti kos perumahan, bil dan makanan tanpa pendapatan selama enam minggu dengan menyangka mereka mempunyai masa yang lama,” jelasnya.

Menurut laporan, pekerja berusia antara 55 dan 65 tahun berkemungkinan membuat anggaran demikian, dengan rata-rata menjangka mampu menampung selama empat bulan sekiranya kehilangan pendapatan.

“Hakikatnya, mereka mempunyai hampir separuh tempoh itu atau 99 hari sahaja,” jelas laporan itu.

Sementara itu, satu tinjauan mendapati lebih dua per tiga orang kurang membeli barangan keperluan asas, manakala empat perlima penduduk pula mengekang perbelanjaan barang mewah.

Tinjauan membabitkan lebih 5,000 pekerja UK itu dijalankan oleh Legal & General.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN