Filipina ikut langkah Malaysia, Myanmar tidak wajibkan pelitup muka - Utusan Malaysia

Filipina ikut langkah Malaysia, Myanmar tidak wajibkan pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr, meluluskan cadangan supaya pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka tidak lagi diwajibkan, dua tahun selepas ia dilaksanakan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Negara itu menyusuli keputusan Myanmar dan Malaysia berhubung isu sama, menjadikan tiga negara terakhir membatalkan peraturan itu di Asia Tenggara.

Setiausaha Dalam Negeri Filipina, Benhur Abalos, berkata perubahan dasar membabitkan pelitup muka akan berkuat kuasa selepas Marcos Jr mengeluarkan arahan eksekutif.

Katanya, hasil kajian menunjukkan pemansuhan mewajibkan pemakaian pelitup muka di negara lain tidak membawa kepada peningkatan kadar jangkitan kerana orang ramai masih mengambil langkah berjaga-jaga.

Bagaimanapun, Abalos merayu kepada orang ramai supaya mengekalkan jarak selamat dan sentiasa membasuh tangan selain menggalakkan golongan berisiko termasuk warga emas kekal memakai pelitup muka di kawasan terbuka.

Sementara itu, pegawai kanan kesihatan, Rosario Vergeire, berkata agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam pandemik itu akan membuat penilaian sama ada pemakaian pelitup muka dalam bangunan awam boleh dimansuhkan menjelang hujung tahun ini.

Jelasnya, langkah itu berupaya meningkatkan jumlah individu mendapatkan suntikan dos penggalak.

Langkah kerajaan itu dilaksanakan selepas Datuk Bandar Cebu, Michael Rama, mengisytiharkan tempoh percubaan pemakaian pelitup muka di luar rumah secara sukarela berakhir hujung tahun ini.

Filipina, antara negara di Asia Tenggara yang terkesan selepas pandemik Covid-19 melanda, melaksanakan perintah kawalan pergerakan paling lama di dunia, mengakibatkan negara itu berdepan kemelesetan ekonomi terburuk. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN