Dua rakyat Palestin dan seorang tentera Israel maut bertempur

Dua rakyat Palestin dan seorang tentera Israel maut bertempur

RAKYAT Palestin yang maut dikenali sebagai Ahmed Ayman Ibrahim Abed, 23, dan Abdul Rahman Hani Subhi Abed, 22, yang berasal dari kampung Kufur Dan di luar Jenin.-QNN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Dua rakyat Palestin dan seorang tentera Israel terbunuh dalam pertempuran berdekatan Jenin di Tebing Barat yang dijajah.

Tentera Israel mendakwa seorang anggotanya maut semasa aktiviti operasi bersebelahan lintasan Gilboa semasa berbalas tembakan dengan pejuang Palestin.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan ‘kematian dua pemuda itu’ dalam pertempuran berhampiran pusat pemeriksaan yang dikenali penduduk Palestin sebagai Jalameh di utara Jenin.

Agensi berita rasmi Palestin, Wafa mengenal pasti rakyat Palestin yang maut sebagai Ahmed Ayman Ibrahim Abed, 23, dan Abdul Rahman Hani Subhi Abed, 22, yang berasal dari kampung Kufur Dan di luar Jenin.

Pusat pemeriksaan Jalameh adalah laluan utama bagi barangan yang masuk ke Tebing Barat dari Israel.

Kawalan keselamatan diperketatkan semasa kelab bola sepak Israel, Maccabi Haifa melayan kunjungan kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain dalam perlawanan Liga Juara-Juara yang terletak hanya 60 kilometer dari Jenin.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya