Dua peguam ditahan cuba rasuah hakim

Dua peguam ditahan cuba rasuah hakim

PEJABAT peguam Yosep Parera yang terletak di Semarang.-KOMPAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMARANG: Persatuan Peguam Indonesia (Peradi) di bandar Semarang akan menawarkan bantuan guaman kepada dua peguam yang ditahan oleh Suruhanjaya Penghapusan Rasuah.

Dua peguam itu ialah Yosep Parera dan Eko Suparno yang masih bergiat aktif di bandar ini.

Kedua-dua mereka ditahan oleh suruhanjaya itu semalam.

Pengerusi Peradi di Semarang, Luhut Sagala berkata, pihaknya akan berusaha memberikan bantuan guaman kepada dua individu tersebut.

Katanya, dia sendiri akan pergi ke Jakarta dan bertemu Yosep dan Eko berhubung bantuan tersebut.

Bagaimanapun, bantuan itu terserah kepada mereka sekiranya mahu menerima atau sebaliknya.

“Yosep adalah peguam senior yang sangat dihormati oleh peguam baharu di Semarang.

“Jadi, saya ingin memberikan peringatan kepada semua peguam jangan sesekali terlibat dengan rasuah. Saya harap ini adalah kes terakhir yang berlaku,” katanya lapor Kompas.com.

Terdahulu, suruhanjaya itu menamakan 10 suspek dipercayai terlibat dalam kes rasuah di Mahkamah Agung di Jakarta dan Semarang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya