Doktor gigi di luar bandar makin berkurangan

Doktor gigi di luar bandar makin berkurangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin menzahirkan kebimbangan mengenai bilangan doktor gigi di pusat kesihatan masyarakat yang masih berkurangan. 

Lapor CNN Indonesia, Budi memaklumkan kekurangan doktor gigi itu melibatkan pusat kesihatan di pelbagai daerah di Indonesia. 

Akibatnya, masyarakat berdepan kesukaran untuk mendapatkan akses perkhidmatan daripada doktor gigi. 

Oleh itu, beliau mahu Kesatuan Doktor Gigi Indonesia membekalkan doktor di daerah yang masih mempunyai akses yang terhad. 

“Banyak doktor gigi yang memilih bekerja di kabupaten atau kota besar sehingga menyebabkan sebilangan masyarakat tidak berpeluang mendapatkan akses. 

“Saya berjanji akan membantu berkaitan hal insentif doktor hingga pembekalan alat kesihatan,” katanya.

Dalam pada itu, Budi berkata, masih ramai keluarga yang belum memiliki kesedaran untuk mengakses fasiliti kesihatan bagi memeriksa kebersihan mulut dan gigi secara rutin. 

Katanya, masalah itu disebabkan mereka takut untuk berjumpa doktor gigi. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN