Disisih keluarga, warga emas tinggal dalam gua 30 tahun

Disisih keluarga, warga emas tinggal dalam gua 30 tahun

ANGGOTA polis mengemas barangan sambil disaksikan Yudi (terbaring) ketika dia dibawa keluar dari sebuah gua di Lawang, Malang, Jawa Timur. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MALANG: Keadaan seorang lelaki warga emas yang dipindahkan dari sebuah gua di Desa Mulyoarjo di Malang, Jawa Timur dilaporkan semakin baik.

Ketika ini, lelaki yang dikenali sebagai Yudi Iswantoro, 72, menerima rawatan di pusat kebajikan warga emas Khusnul Khotimah di Desa Wajak.

Menurut Yudi, dia sudah tinggal di dalam gua tersebut selama 30 tahun sejak bercerai dengan isterinya, Siti Aisyah.

“Saya berasal dari Semarang dan semasa berkahwin, saya dikurniakan tujuh cahaya mata dan tinggal bersama keluarga.

“Namun, sejak saya dan isteri bercerai, hubungan saya dengan keluarga serta anak-anak mulai renggang dan akibat terasa dipinggirkan, saya tinggal di dalam gua di Lawang,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Warga emas itu memberitahu, bekas isteri dan anak-anaknya masih hidup dan kini menetap di Singosari, Malang.

Yudi memaklumkan, sepanjang dia tinggal di dalam gua, tiada seorang pun ahli keluarganya melawatnya atau bertanyakan khabarnya.

“Sepanjang saya tinggal di gua, saya hanya makan makanan yang disumbangkan oleh penduduk sekitar atau mencari di kawasan terdekat.

“Sekarang, saya bersyukur dan berterima kasih kepada pihak berkuasa kerana membawa saya keluar dari gua itu dan tinggal di pusat kebajikan yang lebih selesa,” ujarnya.

Dalam pada itu, anak bongsu Yudi, Bayu Cahyo menceritakan, bapanya mula tinggal di dalam gua sejak dia masih bayi.

“Bapa meninggalkan kami anak-beranak begitu sahaja dan membawa diri, selain ibu saya juga sering dipukul ketika berkahwin dengan bapa.

“Mungkin sebab itu ibu meninggalkan bapa kerana tidak tahan dengan sikap panas barannya,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya