China temukan mineral baharu dari sampel batu dan tanah di permukaan bulan

China temukan mineral baharu dari sampel batu dan tanah di permukaan bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China mendakwa menemukan mineral baharu di permukaan bulan, iaitu mineral fosfat dalam kristal kolumnar yang dinamakan sebagai Changesite-(Y).

Penemuan mineral baharu itu dikenal pasti dalam sampel batu dan tanah yang dibawa balik dari permukaan bulan pada 2020.

Mineral itu dipisahkan dengan teliti oleh pasukan penyelidik daripada lebih 140,000 zarah kecil dan dianalisis melalui satu kaedah mineralogi termaju.

Menurut Institut Penyelidikan Geologi Uranium Beijing, belum diketahui sama ada mineral baharu itu mempunyai sifat yang boleh digunakan di bumi.

Fosfat yang terdapat di bumi merupakan elemen penting untuk pembesaran tumbuhan, tetapi sifatnya dalam bentuk kristal masih belum dikenal pasti.

Pengumuman itu meletakkan China sebagai negara ketiga yang mencari mineral baharu di bulan selepas Amerika Syarikat dan Russia.

Changesite-(Y) termasuk dalam kategori lunar merillite, iaitu mineral yang terdapat dalam batuan bulan dan meteorit, selain menjadi mineral baharu keenam yang ditemukan manusia sejak sampel pertama dikumpulkan semasa misi Apollo 11 pada 1969.

Fosfat yang juga sumber semula jadi fosforus, iaitu unsur yang menyediakan satu per empat daripada semua nutrien yang diperlukan tumbuhan.

Pendedahan fosforus pada tahap tinggi kepada tubuh manusia boleh menjejaskan kesihatan dengan menarik kalsium ‘keluar dari tulang’, sekali gus menjadikan badan lemah.

Di bulan, elemen ini memainkan peranan penting dalam membantu angkasawan bertani di permukaan bulan.

Mineral itu dibawa pulang ke bumi oleh Chang’e-5 pada 17 Disember 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN