Budak genius lulus GCSE matematik dengan gred tertinggi

Budak genius lulus GCSE matematik dengan gred tertinggi

KAUTILYA Katariya memegang keputusan peperiksaan GCSE Matematik. - SWNS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun berjaya lulus dan mencatatkan gred tertinggi dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Menengah (GCSE) Matematik di Britain.

Kejayaan itu membolehkan Kautilya Katariya meraih gelaran ‘pengekod paling muda di dunia’ dalam Rekod Dunia Guinness.

Lapor Daily Mail, Kautilya dari Northampton dibenarkan menduduki peperiksaan itu ketika darjah tiga, iaitu lapan tahun lebih awal berbanding kanak-kanak seusianya.

Kautilya berjaya memperoleh skor 9, yang bersamaan gred A dalam keputusan akhir peperiksaan berkenaan.

Kautilya dari Sekolah Wootton Park dilaporkan belajar bersama pelajar dari gred 10, 11 dan 12 untuk membuat persiapan menghadapi peperiksaan tersebut.

Bapanya, Ishwari Katariya yang merupakan juruteknik komputer berkata, usaha dan sokongan keluarganya membantu anaknya mencapai peringkat yang sangat tinggi.

Kautilya juga merupakan pengaturcara komputer yang mahir selepas belajar mengenai asas pengkomputeran ketika hanya berusia enam tahun.

Dia memuat turun sumber dan aplikasi dalam talian percuma pada permulaan pandemik dan kini begitu maju sehingga mampu bersaing dengan pelajar universiti dan pengaturcara profesional.

Kanak-kanak itu kini merupakan Profesional Kecerdasan Buatan Bertauliah IBM.

Selain itu, dia juga belajar kursus pengkomputeran dalam talian di MIT dan Universiti Stanford.

Kautilya juga dijemput ke sidang kemuncak dan persidangan di seluruh dunia kerana kebolehan luar biasanya termasuk jemputan peribadi daripada perdana menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk memberi pandangan mengenai pendidikan belia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN