Beri peluang pemimpin lain jadi Presiden Indonesia

Beri peluang pemimpin lain jadi Presiden Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) yang sudah memerintah negara selama dua penggal perlu mengambil sikap tidak kembali terlibat dalam perebutan kuasa. 

Ini kerana, sekiranya wacana Jokowi yang berpeluang menjadi calon wakil Presiden 2024 benar-benar terlaksana, ia akan menjejaskan generasi kepemimpinan nasional. 

Pakar Psikologi Politik, Hamdi Muluk berkata, isu politik moral dan etika politik akan mengurangkan peluang kepada generasi seterusnya yang lebih kompeten menguruskan Republik ini. 

“Jokowi kini sudah memasuki tahap negarawan dan orang ramai mahu beliau kekal dilihat sebagai guru bangsa. 

“Jadi itu adalah harapan rakyat dan menilai lebih pantas Jokowi memilih jalan negarawan,” ulasnya. 

Menyentuh soal ancaman penyalahgunaan kuasa, Hamdi berkata, perkara tersebut kemungkinan besar tidak akan berlaku pada masa ini. 

“Kalau ini yang dikhuatirkan, bagi saya itu bukan isunya kerana semak dan imbang sudah kuat. 

“Presiden tidak lagi menjadi pemerintah mutlak seperti zaman Orba,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN