Berang tak dapat memotong, anggota tentera acu pistol pada pemandu

Berang tak dapat memotong, anggota tentera acu pistol pada pemandu

TANGKAP layar video yang menunjukkan seorang anggota tentera mengacukan pistol ke arah pemandu sebuah kenderaan di Jakarta, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Satu video tular dalam media sosial menunjukkan dua kenderaan berwarna hitam saling berlumba dan menghimpit di laluan kanan di Lebuh Raya Tol Jagorawi, Jakarta Timur.

Satu daripada kenderaan itu mempunyai nombor plat kerajaan dan ketika saling memotong antara satu sama lain, pemandu di dalam kenderaan kerajaan terbabit tiba-tiba mengeluarkan pistol dan mengacukan ke arah kenderaan di sebelahnya.

Ketua Polis Trafik Jagorawi, Budi Hermawan berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

“Kami akan segera melakukan siasatan mengenai insiden itu kerana kejadian yang melibatkan senjata api merupakan kes serius,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Dalam pada itu, Ketua Unit Peronda Jagorawi, Leonardus Alvin memaklumkan, pemandu kenderaan milik kerajaan itu merupakan anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI).

Katanya, anggota tentera itu mengeluarkan pistol dan mengacukannya ke arah kenderaan sebelah kerana tidak berpuas hati dengan cara pemanduan pemandunya.

“Anggota tentera itu mahu memotong kenderaan di depannya sebelum kenderaan itu tiba-tiba menukar laluan dan menghalangnya.

“Disebabkan terlalu marah, dia mengeluarkan senjata api dan mengacukannya ke arah kenderaan sebelah,” ujarnya.

Sementara itu, jurucakap TNI menyatakan kenderaan itu milik Kementerian Pertahanan dan anggota tentera yang terlibat akan dipanggil untuk siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya