Bantuan Covid-19: Kerajaan AS ditipu 'scammer' RM208 bilion - Utusan Malaysia

Bantuan Covid-19: Kerajaan AS ditipu ‘scammer’ RM208 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kumpulan pemerhati kerajaan Amerika Syarikat (AS) mendedahkan jumlah penipuan faedah bantuan Covid-19 terhadap golongan penganggur sebenarnya lebih tinggi berbanding yang dijangka, iaitu sebanyak AS$45.6 bilion (RM208 bilion).

Pejabat Ketua Inspektor bagi Jabatan Buruh AS, Larry D. Turner berkata, pihak berkuasa sudah menahan lebih 1,000 individu yang terlibat dalam menuntut insurans pengganguran (UI) yang mereka sebenarnya tidak layak.

“Pendedahan ini menunjukkan masalah yang berlaku amat besar,” katanya.

Jelas Turner, golongan ‘scammer’ ini didapati mengambil dana tersebut dengan memfailkan faedah pengangguran di beberapa negeri menggunakan emel yang mencurigakan, atau menggunakan identiti orang yang sudah meninggal dunia atau badan persekutuan.

Katanya, beratus-ratus bilion dana pandemik ‘menarik perhatian’ golongan scammer yang ingin mengeksploitasi program UI.

“Penipuan itu berlaku dari Mac 2020 sehingga April 2022, biarpun amaran berulang sudah diisukan kepada Pentadbiran dan Latihan Jabatan,” ujar Turner.

Jumlah penipuan baharu itu hampir AS$30 bilion (RM137 bilion) iaitu melebihi anggaran yang ditetapkan pada Jun lalu.

Ketika permulaan pandemik Covid-19, Kongress menyalurkan bantuan kewangan untuk rakyat, termasuk kepada golongan pekerja yang diberhentikan tugas.

Kerajaan menyedari masalah penipuan ini boleh berlaku, namun pada masa yang sama ‘terdesak’ untuk kurangkan beban rakyat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya