Bangunan pencakar langit terbakar di Changsha, China - Utusan Malaysia

Bangunan pencakar langit terbakar di Changsha, China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Kebakaran besar melanda sebuah bangunan pencakar langit di bandar Changsha, di tengah China.

Bagaimanapun, pihak berkuasa berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Lapor penyiar CCTV, kebakaran itu berlaku di bangunan pejabat 42 tingkat yang menempatkan pejabat syarikat telekomunikasi milik kerajaan China, Telekom.

“Asap tebal menyelubungi bangunan itu dan puluhan tingkat terbakar dengan api yang sangat marak,” lapor CCTV.

Jambatan bomba dalam media sosial memaklumkan, api berjaya dipadamkan kira-kira pukul 5.00 petang (waktu tempatan).

Menurut seorang pejalan kaki dikenali sebagai Peng, kebakaran itu bermula dari salah satu tingkat bawah bangunan berkenaan dan merebak pantas ke tingkat atas.

“Apa yang saya saksikan adalah kelihatan seperti kebakaran bermula dari luar bangunan,” katanya.

Sementara itu, China Telecom dalam kenyataan mengesahkan kebakaran yang berlaku di Menara Komunikasi 2 di Changsha, berjaya dipadamkan.

Jelas kenyataan itu, tiada kemalangan jiwa setakat ini dan talian komunikasi tidak terputus.

Sebelum ini, sebuah video yang tular dalam media sosial menunjukkan orang ramai lari bertempiaran ketika api mula merebak di bangunan itu.

AFP tidak dapat mengesahkan rakaman video itu dengan segera. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN