50 tentera Armenia maut pertempuran sempadan dengan Azerbaijan - Utusan Malaysia

50 tentera Armenia maut pertempuran sempadan dengan Azerbaijan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YEREVAN: Armenia melaporkan sekurang-kurangnya 50 tenteranya terbunuh dalam pertempuran sempadan tercetus antara pasukan tentera Azerbaijan.

Ia merupakan antara pertempuran paling teruk antara kedua-dua negara sejak konflik pada 2020 yang dikaitkan dengan wilayah Nagorno-Karabakh.

Perdana Menteri Nikol Pashinyan mengesahkan setakat ini, seramai 49 tentera terkorban dalam pertempuran itu.

“Angka kematian itu dijangka meningkat,” katanya ketika berucap di Parlimen di Yerevan.

Menurut beliau, pertempuran kini semakin reda berikutan tembakan intensif secara berterusan dari Azerbaijan yang bermula semalaman.

Terdahulu, Armenia merayu kepada pemimpin dunia untuk mendapatkan bantuan, dengan menyatakan tentera Azerbaijan sedang mara ke wilayahnya.

Kementerian Pertahanan Azerbaijan memaklumkan pasukan tenteranya melakukan serangan balas terhadap provokasi besar-besaran Azerbaijan.

Malah, kementerian menafikan dakwaan tenteranya sedang menyasarkan infrastruktur awam.

Menurutnya, pertempuran itu sudah meragut nyawa beberapa tenteranya, tanpa memberikan jumlah individu terkorban. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN