35 peserta protes di Iran maut

35 peserta protes di Iran maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Sekurang-kurangnya 35 orang maut selepas protes antikerajaan yang tercetus bagi membantah kematian seorang wanita dalam tahanan polis.

Kemarahan rakyat Iran berpunca daripada kes Mahsa Amini, 22, yang meninggal dunia minggu lalu selepas ditahan polis moral Iran kerana tidak memakai tudung dan memakai ‘pakaian tidak sesuai’.

Rakaman video yang tersebar memaparkan penunjuk perasaan melaungkan kata-kata termasuk ‘wanita, kehidupan, kebebasan’ ketika Iran berdepan gelombang demonstrasi terbesar dalam tempoh hampir tiga tahun.

Sebilangan penunjuk perasaan wanita turut membakar tudung mereka di jalanan, malah ada yang menggunting rambut simbolik bantahan terhadap kod pakaian di Iran.

Protes yang disertai ribuan orang turut berlangsung di 40 negara lain seluruh dunia yang menggesa Kerajaan Iran menghentikan keganasan dan diskriminasi terhadap wanita.

Dalam perkembangan sama, pihak berkuasa Iran akan menyekat akses internet di negara ini sehingga keadaan di jalanan kembali reda.-AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya