300,000 anggota tentera simpanan sedia digerakkan - Russia - Utusan Malaysia

300,000 anggota tentera simpanan sedia digerakkan – Russia

MENTERI Pertahanan Russia, Sergei Shoigu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia akan menggerakkan kira-kira 300,000 anggota pasukan simpanan, sebahagian usaha gerakan tentera yang terbesar negara itu sejak Perang Dunia Kedua.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen.

Katanya, langkah itu diambil selepas Presiden Vladimir Putin menandatangani perintah bagi gerakan separa anggota tentera berhubung konflik di Ukraine.

“Seramai 300,000 anggota tentera simpanan akan dikerahkan dalam gerakan tentera terbesar itu,” katanya.

Jelas Shoigu, jumlah anggota itu hanya merupakan sebahagian kecil daripada tentera Russia yang bersiap sedia untuk dikerahkan .

Terdahulu, Putin dalam ucapan disiarkan di televisyen menegaskan gerakan mobilasi sebahagian simpanan tenteranya yang berjumlah dua juta orang adalah untuk mempertahankan Russia dan wilayahnya.

Sementara itu, Shoigu mengakui lebih 5,000 tenteranya terkorban di Ukraine sejak operasi ketenteraan khas dilaksanakan pada Februari lalu.

“Setakat ini, kita kehilangan seramai 5,937 anggota tentera dalam konflik itu,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya