23 penumpang hilang, bot tenggelam di Kemboja

23 penumpang hilang, bot tenggelam di Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Seramai 23 warga China dilaporkan masih hilang selepas sebuah bot kayu terbalik berdekatan pulau Koh Tang di perairan Kemboja, hari ini.

Jurucakap Kerajaan Sihanoukville, Kheang Phearom berkata, bot nelayan kecil yang membawa 41 penumpang warga China itu dikatakan mempunyai masalah ketika menghampiri pantai Sihanoukville.

Akibat masalah itu, katanya, bot itu karam dan hanya 18 penumpang berjaya diselamatkan, manakala baki penumpang lain masih hilang.

Difahamkan, beberapa pekerja China diseludup untuk bekerja secara haram di negara ini.

“Pihak polis masih menyoal siasat mangsa yang terselamat dan usaha mencari serta menyelamat masih dijalankan,” katanya.-AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya