19 maut insiden pengebom bunuh diri di Kabul - Utusan Malaysia

19 maut insiden pengebom bunuh diri di Kabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Satu insiden pengebom bunuh diri di sebuah pusat pendidikan di Kabul hari ini menyaksikan sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh.

Kejadian itu berlaku ketika para pelajar membuat persiapan untuk menduduki peperiksaan untuk kemasukan ke universiti.

Letupan itu dilaporkan berlaku di kawasan kejiranan Dasht-e-Barci di barat Kabul.

Jurucakap polis, Khalid Zadran berkata, para pelajar sibuk membuat persiapan untuk menduduki peperiksaan ketika letupan berlaku.

“Selain 19 orang terbunuh, seramai 27 lagi cedera dengan ada dalam kalangan mereka dalam keadaan parah,” katanya.

Susulan insiden itu, keluarga mangsa bergegas ke hospital bagi mengetahui keadaan saudara mereka yang terlibat.

Nama mangsa yang terkorban dan cedera turut diletakkan pada dinding hospital sebagai makluman.

Beberapa video yang dikongsi orang ramai menunjukkan mangsa berlumuran darah dikejarkan ke hospital.

Sementara itu, pihak berkuasa Afghanistan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya