10 orang maut ditembak di pusat pool di Mexico - Utusan Malaysia

10 orang maut ditembak di pusat pool di Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CELAYA: Kumpulan bersenjata menembak mati 10 orang dalam satu kejadian di sebuah pusat sukan pool di tengah Mexico.

Menurut pejabat pendakwa raya, kejadian itu berlaku di majlis perbandaran Tarimoro di negeri Guanajuato.

Mayat sembilan mangsa ditemukan di lokasi kejadian, manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia di hospital.

Gabenor Guanajuato, Diego Sinhue Rodriguez menyelar insiden itu yang disifatkannya sebagai ‘serangan pengecut’ dan berjanji akan menyiasat dengan teliti.

Guanajuato menjadi satu daripada negeri ‘paling ganas’ di Mexico berikutan persaingan dua kartel dadah terbesar.

Sejak Disember 2006, sejak kerjaan melancarkan operasi antidadah, Mexico merekodkan lebih 340,000 pembunuhan.

Pihak berkuasa mengaitkan semua pembunuhan tersebut dengan jenayah terancang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN