Wanita mabuk gigit telinga pelancong hingga putus sebelum menelannya - Utusan Malaysia

Wanita mabuk gigit telinga pelancong hingga putus sebelum menelannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATTAYA: Seorang wanita mabuk ditahan polis di Pattaya pada Sabtu lalu selepas menyerang seorang pelancong warga Amerika Syarikat (AS) dengan menggigit telinga dan menelannya.

Wanita berusia 28 tahun yang dikenali sebagai Kannika Khamton itu ditahan dan dibawa ke balai polis selepas insiden tersebut.

Lapor thethaiger, polis memaklumkan wanita itu terlalu mabuk dan tidak mampu menjawab semua soalan yang diajukan polis.

Wanita itu juga menjalani ujian dadah, namun keputusannya negatif.

Mangsa yang berusia 55 tahun, dikenali sebagai Charoen menegaskan dia dan mangsa saling tidak mengenali dan sedang berjalan-jalan ketika diserang suspek.

“Saya berjalan sehingga ke lampu trafik dan ketika menunggu lampu merah, Kannika yang menaiki motosikal bersama rakannya berhenti di lampu trafik berkenaan.

“Selepas turun, wanita itu tiba-tba memarahinya sebelum menumbuk muka dan menggigit telinganya sehingga terputus,” katanya.

Sementara itu, wanita tersebut berdepan dengan pelbagai pertuduhan yang menyaksikan dia bakal didenda dan dipenjara jika disabit kesalahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN