fbpx

Wanita lahir dua pasang bayi kembar serentak

ASHLEY NESS teruja dengan kelahiran bayi kembarnya.-GOFUNDME

BOSTON: Seorang ibu berjaya melahirkan empat bayi kembar iaitu dua perempuan dan dua lelaki menerusi pembedahan cesarean di Hospital Umum Massachusetts di Boston, Amerika Syarikat, 28 Julai lalu.

Ashley Ness, 35, berkata, dia berasa sangat teruja dapat melahirkan semua bayi tersebut.

“Bayi-bayi itu memutuskan untuk masuk ke dunia lebih awal daripada jangkaan,” ujarnya.

Difahamkan, keadaan pendandan rambut itu semakin pulih dengan baik selepas melahirkan anak-anaknya.

Keempat-empat bayi yang lahir awal 12 minggu daripada jangkaan itu diletakkan selama lapan minggu di unit rawatan rapi bagi memudahkan doktor memantau perkembangan mereka.

Ness mempunyai seroang anak perempuan berusia lapan tahun dan dua anak tiri.

Namun, sejak mengalami keguguran, dia tidak yakin akan mampu mempunyai anak lagi.

Fenomena seorang wanita dapat melahirkan dua pasang kembar seiras serentak hanya berlaku sekali dalam 10 juta peluang di dunia.

Situasi itu boleh berlaku apabila dua telur disenyawakan oleh dua sperma berbeza, kemudian kedua-dua telur berpecah dan menghasilkan pasangan kembar dalam rahim ibu.

Pengarah Pusat Terapi Fetal, Prof. Dr. Ahmet Baschat berkata, sepanjang 30 tahun bekerja ini adalah pengalaman pertama beliau berhadapan dengan kelahiran seperti ini.

Jelasnya, kehamilan tersebut adalah ‘berisiko tinggi’ sehingga mengejutkan juruteknik ultra bunyi semasa melakukan pemeriksaan.

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!