Wanita dibelasah suami hanya kerana pergi ke salon kecantikan

Wanita dibelasah suami hanya kerana pergi ke salon kecantikan

TANGKAP layar video menunjukkan seorang lelaki menumbuk dan menendang isterinya di hadapan pelanggan lain di salon kecantikan di Turkmenistan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ASHGABAT: Seorang lelaki tergamak memukul isterinya dengan ganas selepas menemukan wanita itu di sebuah salon kecantikan di Turkmenistan.

Lapor Daily Mail, rakaman video menunjukkan lelaki itu menumbuk dan menendang isterinya di hadapan pelanggan lain di salon tersebut, menjadi tular dalam media sosial.

Dalam video tersebut, lelaki agresif itu menyerbu salon berkenaan dan menjerit kepada isterinya yang dalam ketakutan.

“Pada mula lelaki itu menolak isterinya dan meninggalkan salon itu, beberapa saat kemudian, dia kembali dan menyerang isterinya sehingga terjatuh atas lantai.

“Pelanggan wanita lain dan jurusolek terlalu takut untuk menghalang lelaki itu daripada menyerang isterinya,” jelas laporan itu.

Serangan itu dipercayai berlaku di sebuah salon sementara di daerah Kyoshi berhampiran ibu kota Ashgabat.

Mengunjungi salon kecantikan menjadi kesalahan serius di negara tersebut.

Malah, pakar kecantikan yang menjalankan perniagaan secara bersembunyi, berdepan hukuman penjara kerana menawarkan perkhidmatan sedemikian.

Golongan suami boleh dikenakan denda sekiranya isteri mereka melakukan rawatan kecantikan atau kosmetik yang tertentu.

Dilaporkan, kerajaan Turkmenistan meningkatkan kawalan ke atas hak wanita sejak Presiden Serdar Berdymukhammedov memimpin negara itu pada Mac lalu.

Sejak April lalu, polis menahan puluhan wanita kerana memakai kuku dan bulu mata palsu serta mengenakan aksesori kecantikan lain.

Polis juga memburu wanita yang melakukan pembedahan kosmetik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya