Ugut polis dan hakim, bekas PM Pakistan didakwa di bawah Akta Antikeganasan - Utusan Malaysia

Ugut polis dan hakim, bekas PM Pakistan didakwa di bawah Akta Antikeganasan

IMRAN KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan didakwa di bawah Akta Antikeganasan selepas beliau menuduh polis dan hakim sengaja menahan serta menyeksa sekutu rapatnya.

Ketegangan di negara ini semakin memuncak apabila bekas pemimpin itu mengajak semua penyokongnya berhimpun di luar kediamannya dan berikrar, ‘sesuatu yang besar akan berlaku’ jika beliau ditahan pihak berkuasa.

Sejak digulingkan pada April lalu, Imran semakin lantang menyuarakan kritikannya terhadap kerajaan dan sistem pertahanan Pakistan.

Menerusi ucapan secara terbuka pada Sabtu lalu, Imran menyelar Ketua Polis Islamabad dan hakim wanita kerana sengaja menahan dan menghukum sekutu rapatnya, Shahbaz Gill.

“Anda berdua juga perlu bersedia kerana kami akan mengambil tindakan terhadap anda,” katanya dalam ucapan itu sambil merujuk kepada dua individu berkenaan.

Polis mendakwa Imran sengaja membuat kenyataan yang berbaur hasutan dan boleh mendorong kepada insiden keganasan.

Sehingga kini, Imran masih belum ditahan, namun polis akan sentiasa memantau pergerakannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya