Tuduh bomoh penipu, Persatuan Dukun buat laporan polis

Tuduh bomoh penipu, Persatuan Dukun Indonesia buat laporan polis

MARCHEL RADHIVAL dikenali sebagai ahli silap mata merah menjadi tular selepas membongkar penipuan bomoh di Indonesia.-INSTAGRAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Persatuan Dukun Indonesia membuat laporan polis terhadap Marchel Radhival atau dikenali sebagai Ahli Silap Mata Merah kerana menghina profesion ahli bomoh. 

Laporan itu dibuat oleh wakil persatuan, Agustiar di Balai Polis Metro Jakarta Selatan selepas beberapa bomoh kehilangan pendapatan akibat kandungan media sosial yang dimuat naik oleh Marchel. 

Ketua Polis wilayah itu, Yandri Irsan berkata, ahli silap mata itu didakwa membuat penghinaan terhadap kerjaya bomoh menerusi pelbagai kandungan dalam YouTube dan Instagram.

Jelasnya, Marchel menyebut individu yang bekerja sebagai dukun adalah seorang penipu menerusi platform itu. 

“Berdasarkan laporan persatuan dukun, mereka berasa terganggu dan terancam dengan kandungan yang dimuat naik oleh lelaki itu. 

“Malah, ada juga dukun yang mengaku kehilangan pelanggan disebabkan kandungan yang dibuat oleh Marchel,” katanya lapor CNN Indonesia. 

Menurut Yandri, individu yang membuat laporan tersebut turut menyerahkan sejumlah bukti dan pihaknya sedang meneliti laporan dengan menjalankan soal siasat terhadap saksi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya