Tragedi tembakan Uvalde: Ketua polis daerah dipecat

Tragedi tembakan Uvalde: Ketua polis daerah dipecat

MEMORIAL mangsa insiden tembakan rambang di Sekolah Rendah Robb di Uvalde, Texas. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOUSTON: Seorang ketua polis daerah sekolah dipecat berikutan cara pengendaliannya dalam kes tembakan rambang yang mengorbankan 19 kanak-kanak dan dua guru di bandar Uvalde, Texas, tiga bulan lalu.

Lapor Al Jazeera, Lembaga Pemegang Amanah Uvalde Consolidated Independent School District Board (UCISD) menerusi satu mesyuarat mengundi sebulat suara untuk memecat Pete Arredondo.

Arredondo dikenakan cuti tanpa gaji sejak kejadian tembakan rambang di Sekolah Rendah Robb pada 24 Mei lalu, selain Arredondo juga tidak menghadiri mesyuarat berkenaan.

Peguamnya, George Hyde mengemukakan satu kenyataan bertulis kepada ahli lembaga sejurus sebelum mereka mengadakan mesyuarat.

Dalam kenyataan itu, Hyde menyatakan mengenai ancaman bunuh diterima oleh Arredondo dan kegagalan pentadbiran daerah untuk memberikan sebarang perlindungan kepadanya.

Malah, Hyde juga menjelaskan tindakan memecat Arredondo adalah tidak wajar memandangkan pentadbiran daerah tidak melakukan sebarang siasatan untuk mendapatkan bukti yang menyokong keputusan pemecatannya.

“Arredondo merupakan seorang ketua dan pegawai yang berani bersama anggota penguatkuasa undang-undang lain yang bergegas ke lokasi kejadian.

“Mereka harus dipuji kerana menyelamatkan nyawa yang lain dan bukannya dikritik ekoran tidak sampai tepat pada masanya,” katanya.

Arredondo dikecam mengenai cara pengendaliannya dalam insiden tembakan rambang Sekolah Rendah Robb di Uvalde, sebuah bandar kecil di Texas Hill Country, kira-kira 130 kilometer (km) barat San Antonio.

Ibu bapa kepada kanak-kanak yang terkorban dan cedera dalam kejadian tembakan sekolah itu mendesak pihak lembaga sekolah memecat Arredondo.

Arredondo dipaksa meletak jawatannya dalam Majlis Perbandaran Uvalde pada 2 Julai lalu.

Tiga minggu kemudian, lembaga itu dijadualkan memutuskan nasib Arredondo sebagai ketua polis daerah sekolah namun menangguhkan mesyuarat berkenaan disebabkan “keperluan proses” atas permintaan peguamnya. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya