Tokyo dikritik galak golongan muda ambil minuman keras

Tokyo dikritik galak golongan muda ambil minuman keras

INDUSTRI minuman keras di Jepun ketika ini mengalami kemerosotan berikutan pandemik Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Industri perniagaan minuman keras di Jepun dilaporkan semakin menguncup selepas semakin ramai penduduk, terutamanya golongan muda di negara ini tidak mengambil minuman beralkohol.

Lapor CNN, sejak pandemik Covid-19 melanda, banyak bar dan premis yang menjual minuman keras mengalami kerugian.

Sehubungan itu, kerajaan Jepun melancarkan satu kempen bagi menggalakkan golongan muda untuk mengambil minuman keras dengan tujuan meningkatkan semula industri perniagaan tersebut.

Menerusi kempen ‘Sake Viva!’, golongan muda di negara ini dijemput untuk menghantar penyertaan mengenai idea, kaedah promosi, produk, rekaan dan teknik jualan bagi meningkatkan penjualan minuman keras.

Namun, kempenyang dianjurkan oleh Agensi Cukai Kebangsaan Jepun tersebut mendapat kritikan daripada pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai tidak masuk akal.

Kebanyakan masyarakat berpandangan, adalah baik apabila mereka semakin kurang mengambil minuman beralkohol demi menjaga kesihatan.

“Adakah anda melawak? Menjauhi alkohol merupakan perkara paling baik untuk dilakukan!” tulis seorang pengguna Twitter.

Pengguna media lain pula menyifatkan kaedah yang digunakan kerajaan untuk meningkatkan sektor minuman keras adalah tidak wajar dan sensitif.

Kementerian Jepun sebelum ini memberi amaran mengenai pengambilan alkohol secara berlebihan sehingga boleh menyebabkan ketagihan dan menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan gaya hidup sihat.

Ketika ini, golongan paling banyak mengambil minuman keras di Jepun adalah mereka yang berusia 40 hingga 60-an dengan purata tiga kali sehari berbanding 7.8 peratus sahaja melibatkan golongan 20-an.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN