Thailand: Pemilik kelab malam Mountain B ditahan - Utusan Malaysia

Thailand: Pemilik kelab malam Mountain B ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Polis Thailand menahan pemilik sebuah kelab malam berhubung insiden kebakaran di premis itu sehingga mengakibatkan 15 orang terkorban.

Kebakaran itu berlaku kira-kira pukul 1 pagi (waktu tempatan) di Mountain B di daerah Sattahip wilayah Chonburi, kira-kira 150 kilometer (km) tenggara Bangkok.

Menurut pasukan penyelamat, angka kematian meningkat kepada 15 orang, dengan sebahagian besar mayat mangsa ditemukan berhimpit-himpit di pintu masuk kelab dan di dalam tandas dengan keadaan badan melecur teruk.

Seorang pegawai kanan polis di wilayah Chonburi mengesahkan pemilik kelab, Pongsiri Panprasng tampil menyerah diri selepas waran tangkap dikeluarkan.

“Dia masih dalam tahanan dan polis akan mendapatkan kebenaran mahkamah esok untuk menahannya sementara sedang menyiasat,”katanya.

Menurut polis, lelaki berusia 27 tahun itu akan berdepan beberapa pertuduhan termasuk menyebabkan kematian secara melulu dan mengendalikan pub tanpa lesen.

Kesalahan menyebabkan kematian akibat kecuaian boleh membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan didenda sehingga 200,000 baht (RM24,927).

Sementara itu, pasukan penyelamat memaklumkan anggota bomba mengambil masa lebih tiga jam untuk mengawal kebakaran besar itu.

Susulan kebakaran itu, ahli keluarga mangsa pergi ke Bangkok untuk menuntut mayat orang tersayang selepas pemeriksaan dijalankan oleh pakar forensik.

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha mengarahkan siasatan terhadap insiden kebakaran itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya