Terima upah RM500, piza dihantar sehingga ke puncak Gunung Fuji - Utusan Malaysia

Terima upah RM500, piza dihantar sehingga ke puncak Gunung Fuji

SEORANG lelaki menghantar piza yang dipesan pelanggan di puncak Gunung Fuji.-TWITTER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Domino’s Pizza di Jepun mencipta kelainan apabila menugaskan pekerjanya menghantar tempahan makanan kepada pendaki yang kelaparan di puncak Gunung Fuji setinggi 3,776 meter.

Dilaporkan, caj penghantaran piza itu adalah RM500 kerana penghantar makanan perlu mengambil masa hampir enam jam untuk mendaki gunung tersebut.

Kisah tersebut tular selepas seorang pengguna Twitter @fatmanairsoft memuat naik gambar seorang penghantar piza di puncak gunung dengan ciapan ‘Saya daki gunung Fuji dan melihat seorang pendaki memesan piza’.

Menerusi komen balas ciapan itu, pengguna lain mendedahkan ia bukanlah kali pertama penghantar piza menghantar makanan ke puncak gunung itu.

Pengguna lain memuat naik gambar staf lain seperti Domino’s, Uber Eats dan Demae Can yang turut mendaki gunung untuk menghantar pesanan pelanggan.

Difahamkan, tempahan makanan dari puncak gunung sudah menjadi trend di Jepun disebabkan pendaki kelaparan selepas lima ke tujuh jam mendaki gunung.

Bagaimanapun, situasi itu dilihat tidak adil kepada pekerja penghantaran serta menimbulkan persoalan kenapa mereka sanggup menerima tempahan tersebut.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya