Taliban dakwa tidak temukan jasad al-Zawahiri yang dibunuh tentera AS - Utusan Malaysia

Taliban dakwa tidak temukan jasad al-Zawahiri yang dibunuh tentera AS

AYMAN AL-ZAWAHIRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Taliban menyatakan pihaknya tidak menemukan jasad pemimpin al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri, yang didakwa terbunuh dalam serangan dron tentera Amerika Syarikat (AS) pada awal Ogos lalu dan siasatan masih diteruskan.

Perkara itu dimaklumkan jurucakap kumpulan itu, Zabihullah Mujahid, selepas AS mengesahkan pihaknya membunuh pemimpin Al-Qaeda itu.

AS sebelum ini mengumumkan pihaknya membunuh al-Zawahiri dalam satu serangan udara di Kabul pada bulan lalu ketika pemimpin itu ‘mengambil angin’ di balkoni kediamannya.

Menerusi serangan itu, pihak berkuasa AS melancarkan peluru berpandu dari sebuah dron ke arah al-Zawahiri sehingga menyebabkan kematiannya.

Serangan itu menjadi tamparan hebat buat al-Qaeda sejak Tentera Laut AS, SEALS menembak mati Osama bin Laden yang juga pemimpin tertinggi kumpulan itu, kira-kira sedekad lalu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya