Serangan udara di Gaza: Angka kematian meningkat kepada 29 orang - Utusan Malaysia

Serangan udara di Gaza: Angka kematian meningkat kepada 29 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Angka kematian akibat serangan udara Israel di Gaza meningkat kepada 29 orang termasuk enam kanak-kanak, kata Kementerian Kesihatan di Palestin dengan membetulkan kenyataan sebelum ini.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan berkata, jumlah individu maut akibat serangan udara di Semenanjung Gaza adalah 32 orang namun kenyataan dikeluarkan selepas itu menyatakan angka korban seramai 29 mangsa termasuk enam kanak-kanak dan empat wanita.

Menurut Kementerian Kesihatan, seramai 253 orang di Gaza cedera sejak pertempuran dengan Israel meletus sejak Jumaat lalu.

Keganasan itu adalah paling buruk di Gaza sejak perang tahun lalu memusnahkan wilayah yang memiliki kira-kira 2.3 juta penduduk Palestin dan memaksa ramai penduduk Yahudi mencari perlindungan akibat serangan roket.

Israel melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza di bawah operasi `Breaking Dawn’.

Semalam, pergerakan Jihad Islam Palestin dan Zionis mengesahkan seorang daripada pemimpin kanannya, Tasyir al-Jabari maut dalam serangan udara di sebuah bangunan di barat Gaza.

Ketegangan yang berlaku dibimbangi mengulangi konflik 11 hari yang berlaku pada Mei 2021, menyaksikan Semenanjung Gaza ‘hancur dibom tentera Yahudi’ dan menyebabkan lebih 260 penduduk Palestin terkorban. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya