'Semua tanaman mati, kami mahu makan apa?' - Utusan Malaysia

‘Semua tanaman mati, kami mahu makan apa?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHONGQING: Selama hampir sedekad, seorang petani, Qin Bin, 50, mengusahakan tanaman buah pic dan buah naga untuk dijual kepada pengunjung yang datang ke ladangnya di Chongqing.

Namun, hasil tanaman tahun ini tidak menjadi sama sekali akibat musim panas yang disifatkan amat teruk sehingga menyebabkan separuh daripada China mengalami kemarau.

“Ini merupakan kali pertama insiden seperti ini berlaku. Sepatutnya kami sudah boleh menuai hasil tanaman ketika ini.

“Namun, semua tanaman saya sudah mati akibat cuaca panas melampau,” keluhnya.

Bahagian selatan China merekodkan cuaca panas berterusan, menyebabkan bekalan elektrik terpaksa dicatu, sekali gus menjejaskan banyak petani.

Keadaan itu menyebabkan kerajaan Beijing berjanji menghulurkan bantuan kepada para petani bagi mengurangkan kerugian yang mereka alami.

Namun, bagi Bin, sebarang bantuan mungkin sudah terlambat kerana sumber pendapatannya sudah ‘musnah sama sekali’.

“Kerajaan hanya boleh bantu kami dengan bekalkan anak pokok, bukannya hasil tanaman yang boleh dijual terus.

“Kami masih perlu menunggu kesemua anak pokok itu membesar dan mengeluarkan hasil,” ujarnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN