Selepas kemarau, China berisiko dilanda bah besar - Utusan Malaysia

Selepas kemarau, China berisiko dilanda bah besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Bahagian barat daya China yang mengalami gelombang haba ekstrem pada bulan ini berdepan risiko dilanda banjir teruk susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Hujan lebat dilaporkan melanda hab pengilangan di Chongqing dan kawasan berdekatan wilayah Sichuan yang sebelum ini berdepan pencatuan bekalan elektrik disebabkan penggunaan besar penyaman udara, selain paras takungan air empangan yang semakin susut.

Hujan yang bermula kelmarin diramalkan berlanjutan hingga hari ini dan pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan akan berlaku banjir besar.

Kerajaan kini memulakan tindakan kecemasan pencegahan banjir di Sichuan dan Chongqing pada pukul 6 petang kelmarin, selepas mengisytiharkan darurat kemarau negara pada awal bulan ini.

Banyak bahagian di selatan China menyaksikan suhu melebihi 40 darjah Celsius sejak beberapa minggu lalu, tempoh yang dianggap paling panas sejak kerajaan mula menyimpan rekod pada 1961.

Chongqing melalui tempoh hampir tiga minggu tanpa hujan dan melaksana catuan tenaga elektrik serta mengurangkan pengeluaran kilang membabitkan syarikat global utamanya.

Selain kemarau, suhu panas melampau di sepanjang Lembangan Sungai Yangtze juga menyebabkan tanaman di banyak bandar dan kawasan sekitarnya kering.

Gambar tasik yang kontang dan sungai yang kering mula muncul di media sosial, malah Chongqing dan Sichuan juga bergelut bagi mengawal kebakaran hutan.

Hujan lebat bermula kelmarin dan hari ini diramalkan melanda bahagian timur dan barat daya Lembangan Sichuan serta barat dan utara Chongqing. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN