Sekurang-kurangnya 18 terbunuh dalam banjir kilat di Afghanistan

Sekurang-kurangnya 18 terbunuh dalam banjir kilat di Afghanistan

afghanistan
Sekurang-kurangnya 18 terbunuh dalam banjir kilat di Afghanistan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dan 40 yang lain cedera pada Ahad akibat banjir kilat yang melanda wilayah Kunar timur Afghanistan, lapor Agensi Berita Bakhtar yang dikendalikan kerajaan pada Isnin.

Banjir melanda beberapa kampung di daerah Sarkano di wilayah itu pada petang Ahad, mengorbankan 18 orang termasuk wanita dan kanak-kanak serta mencederakan 40 yang lain, kata laporan itu.

Menurut laporan itu, 579 rumah musnah akibat hujan lebat dan banjir di daerah itu.

Dalam perkembangan lain, hujan lebat yang mencetuskan banjir kilat meragut tujuh nyawa termasuk dua kanak-kanak dan mencederakan 11 yang lain di daerah Spin Boldak di wilayah selatan Kandahar pada Sabtu.

Lebih 200 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 250 lagi cedera sejak sebulan lalu akibat hujan lebat dan banjir di Afghanistan, menurut pegawai. – XINHUA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN