Russia tidak boleh hentikan perang

Russia tidak boleh hentikan perang

ANGGOTA Bomba memadamkan kebakaran di bangunan kolej yang musnah akibat serangan udara di bandar Sloviansk, wilayah Donetsk.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia tidak akan menghentikan operasi ketenteraan khas sekalipun Ukraine menggugurkan hasrat tidak menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). 

Bekas Presiden Russia, Dmitry Medvedev berkata, Moscow sedang mengaturkan persediaan untuk mengadakan perbincangan dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berdasarkan beberapa syarat. 

Malah, sebelum serangan Februari lalu, Moscow juga menjelaskan keanggotaan Ukraine dalam NATO tidak boleh diterima. 

“Menolak penyertaan dalam NATO adalah penting, tetapi ia tidak mencukupi untuk mewujudkan keamanan,” katanya menerusi temu bual bersama televisyen Perancis.   

Medvedev yang merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Russia berkata, Moscow akan meneruskan kempen sehingga matlamatnya tercapai. 

“Putin berkata mahu menafikan Ukraine. Kyiv dan Barat pula memberikan alasan yang tidak berasas untuk perang penaklukan,” katanya.  

Rusia dan Ukraine sudah mengadakan beberapa pusingan rundingan selepas pencerobohan bermula, tetapi belum ada sebarang kemajuan dan terdapat kemungkinan untuk disambung semula. 

“Perbincangan ini bergantung kepada bagaimana peristiwa berlaku. Kami sudah bersedia untuk bertemu Zelensky sebelum ini,” katanya. 

Dalam pada itu, Medvedev berkata, senjata Amerika Syarikat yang dibekalkan ke Ukraine seperti pelancar pelbagai roket belum menimbulkan ancaman besar. 

Namun, katanya, situasi boleh berubah sekiranya senjata yang dihantar boleh mengenai sasaran pada jarak lebih jauh. 

“Kalau peluru berpandu jenis ini terbang sejauh 70 kilometer (km), itu satu perkara. Namun, kalau mencecah 300 hingga 400 km, ia akan menjadi ancaman kepada wilayah Persekutuan Russia,” tegasnya.-REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN