Russia tewas 'perang' di Ukraine selepas 177 hari operasi

Russia tewas ‘perang’ di Ukraine selepas 177 hari operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Walaupun operasi ketenteraan khas Russia di Ukraine sudah memasuki 177 hari dan tentera Russia dilaporkan menjalankan serangan intensif di bandar Kharkiv, Ukraine, awal pagi tadi, namun, negara itu dikatakan gagal dalam perang maklumat.

Perisikan Britain mula mendedahkan Presiden Russia, Vladimir Putin kehilangan maklumat mengenai peperangan itu.

The Guardian melaporkan, Ketua Perkhidmatan Perisikan Britain berkata, tentera Russia gagal menguasai dunia maya melawan tentera Ukraine.

“Putin secara komprehensif sudah kalah dalam perang maklumat dan siber di Ukraine dan di Barat.

“Sama ada serangan darat mahupun serangan dalam talian yang menunjukkan Russia sudah gagal,” katanya.

Kharkiv yang merupakan bandar kedua terbesar di Ukraine kembali diserang awal pagi tadi.

Berdasarkan laporan The Kyiv Post, Datuk Bandar Kharkiv, Ihor Terekhov berkata, tentera Russia melepaskan tembakan di tiga daerah di bandar itu, kira-kira pukul 5.44 pagi (waktu tempatan).

Jelasnya, bangunan kediaman musnah dan terbakar disebabkan serangan ketiga dalam tempoh tiga hari.

Difahamkan, sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dan 42 yang lain cedera dalam dua serangan berbeza di bandar itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya