Runtuhan lombong di Mexico: Operasi menyelamat ditingkatkan - Utusan Malaysia

Runtuhan lombong di Mexico: Operasi menyelamat ditingkatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AGUJITA: Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador memaklumkan kerajaan mempergiatkan operasi menyelamat 10 pekerja masih terperangkap dalam insiden runtuhan di lombong arang batu di utara negara itu.

Obrador berkata demikian ketika melawat kawasan perlombongan arang batu yang dilanda bencana untuk melihat secara langsung operasi menyelamat itu.

Ahli keluarga mangsa hilang berasa bimbang masa semakin suntuk untuk menyelamatkan mereka selepas lombong di negeri Coahuila dilanda banjir sejak empat hari lalu.

Kira-kira 400 tentera dan anggota penyelamat termasuk enam penyelam skuba menyertai operasi menyelamat tersebut.

Bagaimanapun, pihak berkuasa berkata, setakat ini, terlalu bahaya untuk memasuki lombong tersebut.

“Kami berusaha sedaya upaya dan banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mencari pelombong yang hilang.

“Saya juga mahu ia dilakukan dengan secepat mungkin,” katanya ketika pemberita ketika melawat lokasi kejadian.

Sementara itu, Gabenor Coahuila, Miguel Angel Riquelme berkata, tumpuan operasi ketika ini adalah mengepam keluar air dari lombong bagi menjadikannya cukup selamat untuk turun ke dalam lombong yang kedalaman 60 meter.

“Ada perkembangan, paras air terus berkurangan dan banyak air sedang dikeluarkan.

“Pasukan penyelamat sedia memasuki lombong sebaik sahaja paras air menurun,” katanya.

Lima pekerja berjaya menyelamatkan diri dan keluar dari lombong berkenaan ketika bencana itu mula-mula berlaku.

Namun, sejak itu, tiada mangsa yang ditemui dan dilaporkan terselamat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.