FLORIDA: Sebuah roket yang mendapat jolokan ‘paling berkuasa’ milik Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) bakal berlepas hari ini dalam misi membawa kembali manusia ke bulan dan juga planet Marikh.
Program angkasa baharu itu yang dinamakan Artemis bakal dilancarkan selepas misi terakhir Apollo pada 50 tahun lalu di Pusat Angkasa Lepas Kennedy di sini.
Pelancaran itu bakal disaksikan ratusan ribu orang ramai serta pelancong yang menunggu di sepanjang kawasan pantai di Florida, termasuk Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris.
Matlamat utama pelancaran itu adalah untuk menguji Sistem Pelancaran Angkasa Lepas (SLS) dan kapsul kru Orion yang dipasang pada bahagian atas roket.
Kapsul itu akan mengorbit bulan selama enam minggu untuk melihat sama ada roket berkenaan selamat digunakan untuk angkasawan pada masa akan datang.
“Misi akan berjalan dengan membawa harapan dan impian orang ramai.
“Kita kini adalah generasi Artemis,” kata jurucakap NASA, Bill Nelson.
NASA meramalkan keadaan cuaca baik sebelum pelancaran berlangsung. – AFP