Rohingya perlu pulang ke tempat asal mereka - PM Bangladesh

Rohingya perlu pulang ke tempat asal mereka – PM Bangladesh

KEADAAN kem pelarian Rohingya Balukhali di Ukhia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menegaskan ratusan ribu pelarian Rohingya yang mendiami kem yang penuh sesak di negaranya, harus dihantar pulang ke Myanmar.

Perkara itu dimaklumkan kepada Ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Michelle Bachelet yang mengadakan lawatan empat hari ke Bangladesh termasuk kunjungan ke kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar berhampiran sempadan dengan Myanmar.

“Pelarian Rohingya merupakan warga Myanmar dan mereka perlu dihantar pulang ke negara asal,” kata Hasina dipetik sebagai berkata oleh setiausaha akhbarnya, Ihsanul Karim.

Masyarakat Rohingya yang sebahagian besar beragama Islam menghadapi diskriminasi meluas di Myanmar yang mana mereka dinafikan pelbagai hak termasuk kewarganegaraan.

Lebih 700,000 warga Rohingya melarikan diri dengan menyeberangi sempadan ke Bangladesh akibat operasi ketenteraan Myanmar sejak Ogos 2017.

Tentera Myanmar melancarkan ‘operasi pembersihan etnik’ terhadap penduduk Rohingya susulan serangan kumpulan pemberontak.

Situasi keselamatan di Myanmar bertambah buruk berikutan rampasan kuasa tentera pada tahun lalu.

Selepas hampir lima tahun krisis pelarian, Bangladesh menjadi kurang senang apabila pelarian Rohingya enggan pulang tanpa jaminan keselamatan dan hak mereka di Myanmar.

Sementara itu, Bachelet berkata, penghantaran pulang minoriti yang teraniaya ke negara asal mereka, tidak dapat dilaksanakan buat masa ini disebabkan bimbang mengenai keselamatan golongan itu di Myanmar.

“Malangnya, situasi semasa di seberang sempadan menunjukkan keadaan tidak sesuai untuk mereka dihantar pulang.

“Penghantaran pulang harus dilaksanakan secara sukarela dan bermaruah serta hanya apabila keadaan selamat dan stabil wujud di Myanmar,” katanya.

Selain itu, Bachelet juga menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan ‘retorik anti-Rohingya’ dan implikasi negatif terhadap komuniti berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya