Rakyat Taiwan mahu jalani kehidupan tenang, tidak takut China

Rakyat Taiwan mahu jalani kehidupan tenang, tidak takut China

BANGKAI kereta kebal terdampar di Pantai Sandy di Pulau Kinmen di Taiwan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KINMEN: Di sebalik pelbagai amaran dan tindakan provokasi yang dilakukan oleh China, penduduk Taiwan menegaskan mereka tidak berasa tertekan atau takut untuk meneruskan kehidupan harian, termasuk bercuti bersama keluarga.

Seorang bekas tentera dari selatan Taiwan, Joseph Lin memberitahu, dia percaya China hanya menakut-nakutkan mereka dengan keupayaan tenteranya.

“Saya rasa, peperangan antara Ukraine dan Russia yang masih berlangsung secara tidak langsung memberi isyarat kepada Presiden China, Xi Jinping bahawa tidak mudah untuk Beijing menyerang Taipei.

“China perlu membayar ‘harga yang tinggi’ sebelum menyerang Taiwan dan adakah negara itu sanggup mengalami kerugian besar?,” katanya.

Ketegangan di Selat Taiwan memuncak pada awal bulan ini selepas Beijing sekeras-kerasnya membantah kedatangan Speaker Kongres Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi ke Taipei.

Sebagai tindak balas terhadap kunjungan itu, China melakukan latihan ketenteraan terbesar selama empat hari di sekitar Taiwan dengan mempamerkan keupayaan sistem pertahanannya.

Namun, situasi itu tidak sedikit pun menjejaskan aktiviti rakyat Taiwan, termasuk bercuti di resort peranginan terkenal di Kinmen.

Malahan, jumlah kemasukan penerbangan domestik ke pulau itu direkodkan bertambah dan kumpulan pelancong memenuhi semua premis perniagaan tanpa sekatan.

Kinmen yang terletak kira-kira 3.2 kilometer dari perairan China pernah menjadi medan pertempuran menyaksikan penduduk setempat berdepan serangan tentera China pada lewat 1970-an.

Pulau kecil itu kemudiannya dibuka kepada pelancong pada 1993 dan sehingga kini masih menjadi tumpuan masyarakat seluruh dunia.

“Tidak perlu bimbang dengan pencerobohan China. Kita seharusnya kekal tenang dan teruskan kehidupan seperti biasa.

“Tidak dinafikan jika perang berlaku, Taiwan mungkin lebih teruk terjejas berbanding China kerana wilayah kami kecil.

“Namun, kami cuma berharap situasi antara kedua-dua negara kekal tenang dan stabil,” kata seorang lagi pelancong Taiwan, Vanessa Chu.

Sementara itu, terdapat sejumlah penduduk setempat yang ditemukan AFP memaklumkan, mereka bersedia untuk bertempur dengan China pada bila-bila masa sekiranya diperlukan bagi mempertahankan tanah air mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya