Rajapaksa lari ke Thailand ? - Utusan Malaysia

Rajapaksa lari ke Thailand ?

GOTABAYA RAJAPAKSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Bekas Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa dijangka tiba di Thailand bagi mendapatkan perlindungan sementara di negara Asia Tenggara itu, kata sumber.

Memetik laporan Reuters, Rajapaksa dijangka meninggalkan Singapura dan tiba di Bangkok, esok.

Bagaimanapun, Kementerian Luar Sri Lanka enggan mengulas lanjut berhubung maklumat berkenaan.

Bulan lalu, Rajapaksa melarikan diri ke Maldives selepas puluhan ribu penunjuk perasaan menyerbu kediaman rasminya dan bangunan kerajaan.

Rajapaksa kemudian meninggalkan Maldives dengan menuju ke Singapura dan secara rasmi mengumumkan peletakan jawatannya.

Sri Lanka sedang menghadapi krisis kewangan paling buruk sejak tujuh dekad lalu.

Colombo bergelut mencari dana untuk membiayai import paling penting seperti bahan api, makanan dan ubat-ubatan.

Pentadbiran dan keluarga Rajapaksa yang memerintah Sri Lanka selama hampir dua dekad dipersalahkan atas krisis berlaku ketika ini di negara tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya