Polis tidak tolak hubungan sulit motif utama pembunuhan Nofriansyah

Polis tidak tolak hubungan sulit motif utama pembunuhan Nofriansyah

KETUA Polis Indonesia, Listyo Sigit Prabowo (tengah). - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Ketua Polis Indonesia, Listyo Sigit Prabowo memaklumkan pihak berkuasa masih meneliti motif pembunuhan terancang terhadap anggota polis Nofriansyah Yosua Hutabarat.

Lisyto juga menyatakan, pasukan penyiasat akan melakukan soal sisat terhadap isteri Ferdy Sambo, Putri Candrawathi yang kini menjadi seorang dari suspek utama kes berkenaan.

Katanya, satu daripada motif pembunuhan yang polis simpulkan ketika ini adalah berkemungkinan Putri sebenarnya berlaku curang terhadap Ferdy dengan menjalin hubungan sulit bersama mangsa.

“Ketika ini, polis masih mendalami motif pembunuhan Nofriansyah kerana kami yakin, kes ini bakal berakhir tidak lama lagi.

“Antara motif utama pembunuhan anggota polis itu termasuk hubungan pihak ketiga dan tidak lebih dari itu,” katanya seperti yang dilaporkan CNN Indonesia.

Jelas ketua polis itu, sehingga kini, semua keterangan yang diterima polis mengenai pembunuhan Nofriansyah adalah berkaitan masalah kesusilaan.

Katanya, motif itu selaras dengan kemarahan Ferdy selepas isterinya melaporkan berlaku gangguan terhadapnya di Magelang sehingga menyebabkan Ferdy mengarahkan supaya mangsa dibunuh.

“Polis akan mengesahkan motif pembunuhan ini esok (hari ini) selepas melakukan pemeriksaan terakhir,” ujarnya.

Empat daripada lima suspek utama sudah pun ditahan polis, manakala Putri yang menjadi suspek kelima menunggu untuk disoal siasat sebelum ditahan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, polis turut memeriksa 97 anggota yang didakwa tidak profesional dalam mengendalikan kes pembunuhan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya