ATHENS: Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis menolak gesaan parti pembangkang mengadakan pilihan raya segera.
Gesaan itu susulan intipan telefon terhadap seorang pemimpin pembangkang oleh Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan, baru-baru ini.
Mitsotakis mengulangi beliau tidak menyedari wujudnya pengawasan itu sehingga Ogos lalu dan ia adalah ‘tindakan yang sah di sisi undang-undang, tetapi tidak boleh diterima daripada segi politik’.
Beliau berjanji untuk merombak perkhidmatan rahsia berkenaan dan bersetuju untuk siasatan Parlimen kes itu.
Difahamkan, tempoh empat tahun kerajaan konservatif akan berakhir pada musim panas depan.
“Kita akan mengharungi musim sejuk yang sukar ini bersama,” kataya semasa perbahasan pleno pertama Parlimen.-AGENSI