fbpx

Penyanyi Malaysia maut di stesen MRT Taiwan

FACEBOOK

TAIPEI: Penyanyi kelahiran Malaysia yang menetap di Taiwan, Eison Chai, 40, dilaporkan maut selepas terjatuh dari bangunan stesen MRT Luzhou, New Taipei, pagi ini.

Polis New Taipei berkata, Chai dipercayai terjatuh berhampiran pintu keluar stesen MRT berkenaan, kira-kira pukul 10 pagi.

Pihak polis menjelaskan siasatan sedang dijalankan berhubung insiden tersebut, namun tiada maklumat lanjut dapat dikongsikan.

Mendiang Chai menempa nama selepas memenangi pertandingan nyanyian Taiwan, Super Idol musim kedua pada 2008.

Penyanyi itu mendirikan rumah tangga dengan pelakon Taiwan, Hitomi Wu.-AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!