Penduduk Palestin maut ditembak tentera Israel di Tebing Barat - Utusan Malaysia

Penduduk Palestin maut ditembak tentera Israel di Tebing Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Seorang penduduk Palestin maut ditembak oleh tentera Israel di utara Tebing Barat yang dijajah rejim zionis, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Memetik laporan agensi berita Wafa, lelaki itu dibunuh ketika pertempuran dengan tentera dan pasukan perisik Israel dalam samaran di kem pelarian Jenin.

Kementerian Kesihatan menerusi kenyataan memaklumkan lelaki itu disahkan meninggal dunia setibanya di hospital kerajaan Jenin selepas ditembak oleh tentera Israel.

Berdasarkan sumber tempatan, mangsa dikenali sebagai Dhirar Riyad al-Kafrini.

Sementara itu, jurucakap polis sempadan Israel memaklumkan pasukan perisik yang diarahkan oleh agensi keselamatan domestik Shin Bet memasuki kem pelarian itu dan `menahan dua suspek aktiviti pengganas’.

“Apabila anggota itu memasuki Jenin, tembakan dilepaskan oleh beberapa suspek pengganas ke arah mereka yang membalas tembakan langsung itu,” katanya.

Kem pelarian di Jenin menjadi tumpuan serbuan tentera Israel, sebagai tindak balas kepada siri serangan di Israel sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Sekurang-kurangnya 55 penduduk Palestin terbunuh sejak akhir Mac lalu yang kebanyakannya tertumpu di Tebing Barat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya