Penduduk NTT lapah, makan bangkai paus

Penduduk NTT lapah, makan bangkai paus

ORANG ramai memenuhi lokasi penemuan bangkai paus di Desa Bagang, Nusa Tenggara Timur untuk mengambil dagingnya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUPANG: Seekor ikan paus sepanjang 24 meter dan lebar 3.5 meter ditemukan terdampar dan mati di pantai di Desa Bagang, Nusa Tenggara Timur (NTT).

Bangkai paus seberat puluhan tan itu kemudiannya dipotong dan diambil oleh penduduk setempat untuk dijadikan bahan makanan.

Ketua Pejabat Laut dan Perikanan Wilayah NTT, Muhammad Saleh Goro berkata, bangkai paus itu ditemukan pada 22 Ogos lalu kira-kira pukul 8 pagi waktu tempatan oleh penduduk setempat.

“Paus yang mati itu merupakan spesies Paus Biru atau Blue Whale.

“Pihak berkuasa dimaklumkan mengenai penemuan itu dan bergegas ke lokasi kejadian bagi membuat pemeriksaan.

“Namun, sebaik sahaja tiba di lokasi tersebut, orang ramai berpusu-pusu memotong daging bangkai ikan itu dengan alasan untuk dijadikan bahan makanan,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Sehubungan itu, Muhammad Saleh menasihatkan orang ramai supaya tidak menyentuh atau memakan daging bangkai paus yang terdampar kerana dikhuatiri mengandungi bakteria.

“Jangan sentuh mana-mana bangkai haiwan yang ditemukan mati, termasuk ikan paus kerana dikhuatiri mengandungi bakteria berbahaya.

“Bangkai haiwan juga seharusnya tidak dimakan kerana bakteria yang terdapat padanya boleh menyebabkan keracunan,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya