Penduduk Islam sasaran pembunuhan terancang di Albuquerque

Penduduk Islam jadi sasaran pembunuhan terancang di Albuquerque

WAJAH keempat-empat lelaki Islam yang maut dibunuh di lokasi berbeza di New Mexico, AS.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW MEXICO: Komuniti Islam menjadi sasaran pembunuhan terancang selepas pihak berkuasa di Albuquerque, New Mexico, mengumumkan individu keempat dibunuh. 

Lapor CNN, pihaknya yakin terdapat ‘sebab boleh dipercayai’ kematian lelaki beragama Islam itu mempunyai kaitan dengan tiga lelaki lain yang dibunuh, baru-baru ini. 

Ketua Polis Albuquerque, Harold Media berkata, kejadian termbakan tersebut sangat memalukan dan pihaknya memandang serius semua maklumat yang diperoleh bagi membantu penyiasatan. 

Jelasnya, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) turut membantu pihaknya menjalankan siasatan. 

Dalam pada itu, Gabenor New Mexico, Michelle Lujan Grisham menerusi ciapan Twitter memaklumkan pihaknya menghantar pasukan polis tambahan ke bandar itu bagi bekerjasama dengan polis tempatan dan pihak berkuasa menjejaki ‘pembunuh’ tersebut. 

“Pembunuhan yang disasarkan terhadap penduduk Islam di Albuquerque mencetuskan kemarahan ramai. 

“Kami akan terus melakukan segala usaha yang termampu bagi menyokong komuniti Islam di Albuquerque dan New Mexico yang menghadapi saat sukar ketika ini. 

“Anda adalah penduduk New Mexico yang sangat dialu-alukan di sini, kami berdiri bersama anda,” katanya. 

Jumaat lalu, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20an yang berasal dari negara Asia Selatan ditemukan terbunuh di kawasan Truman St. dan Grand Ave. 

Kematian lelaki itu berlaku sehari selepas pihak berkuasa yakin pembunuhan Muhammed Afzaal Hussain, 27, dan Aftab Hussein, 41, yang berasal dari Pakistan di tenggara Albuquerque mempunyai kaitan dengan kes sebelum itu. 

November lalu, seorang lelaki Islam dari Afghanistan, Mohammad Ahmadi dibunuh di luar premis perniagaan yang dijalankan bersama abangnya. 

Polis berusaha menjalankan siasatan sekiranya semua kes jenayah tersebut melibatkan penyerang yang sama.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya